Selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKPSE, PENJANA TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Photobucket

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .

Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK

INFO NILAM


PENGENALAN
             Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan pelajar  menghargai masa dengan     melakukan aktiviti yang berfaedah dengan membaca.
2. Menggalakkan pelajar berkongsi maklumat
3. Menanam sikap minat membaca
4. Mewujudkan semangat yang tinggi di kalangan pelajar untuk menjadi satu bangsa yang maju dan berjaya dalam hidup ekoran sifat suka membaca.
5. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
             6. Melahirkan semangat kerjasama di antara semua warga SMK  Palong Sebelas (f) untuk menjadikan Program NILAM sebagai   
                 satu program yang unggul dan gemilang.


CIRI-CIRI  PERLAKSANAAN NILAM

            1.  Rekod Bacaan

                Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai       dokumen  pembacaan mereka.


2. Borang Rekod Bacaan.

                 Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah  pengawasan guru,


3. Pengiktirafan Tokoh Membaca

Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan.


TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM

                             TAHAP JAUHARI
Jumlah Bacaan                          Pengiktirafan
72-143 buah                               Gangsa
144-215 buah                             Perak
216- 287 buah                            Emas
288 ke atas                                 NILAM


TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN   RAKAN PEMBACA

Markah                                        Pengiktirafan
100-199                                       Gangsa
200-299                                        Perak
300-399                                        Emas
400 ke atas                                   NILAM






Tiada ulasan: