Selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKPSE, PENJANA TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Photobucket

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .

Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK

PIAGAM PELANGGAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN  PALONG SEBELAS (F)
73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

PIAGAM PELANGGAN
PUSAT SUMBER SMKPSe

Kami warga Pusat Sumber Sekolah SMKPSe  dengan janji ikhlas dan bertanggungjawab sesungguhnya  berhasrat secara berterusan akan :

1.      Melaksanakan sekurang-kurangnya satu bidang utama kursus / bengkel dalam setahun bagi perpustakaan kepada sekurang-kurangnya satu orang guru bagi setiap sekolah dalam setiap kursus.

2.      Memastikan pesanan bahan, alat dan perkhidmatan dihantar kepada Pengetua untuk pertimbangan dalam masa satu minggu selepas keputusan mesyuarat bidang, unit atau panitia dibuat.

3.      Memastikan bahan buku dan bahan bercetak yang dibeli, sumbangan yang diterima daripada mana-mana pihak atau alat dan bahan yang diterima daripada peruntukan kerajaan pentadbiran sekolah direkodkan dalam rekod penerimaan bahan buku dalam masa 1 hari kerja selepas penerimaan bahan dibuat.


4.      Memastikan perkhidmatan kaunter memberi pinjaman buku dan bahan dalam masa:

a.  Buku                     - dua minit setiap guru
            b.  Alat dan bahan   - lima minit setiap guru

5.      Memastikan latihan dan bimbingan perpustakaan sekolah diberikan kepada Pengawas Perpustakaan Sekolah ahli dibuat sekurang-kurangnya lima kali dalam masa setahun persekolahan.

6.   Melaksanakan program-program:
a.  Pusat Sumber dan Literasi Maklumat      -sebelum 31 Ogos
b.   NILAM dan Projek Galakan Membaca     -sebelum 31 November

7.  Memastikan arahan-arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia,   
     Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah diselesaikan dalam masa dua minggu hari kerja selepas arahan diterima.
                                   
8.   Memastikan perpustakaan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada    
      kehendak-kehendak pelanggan dengan sentiasa memberi layanan dan   
      perkhidmatan mesra dengan kadar segera.

9.   Sentiasa bersedia dan sanggup menerima cadangan, pandangan dan    
      teguran yang membina bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan    
      kecemerlangan pendidikan.


SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI, SILA HUBUNGI PENGETUA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG SEBELAS (F)
DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT :

PENGETUA,
            SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG SEBELAS (F)   
73430 GEMAS,
            NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.
            TEL : 06 - 4669751
            

Tiada ulasan: