Selamat datang

SELAMAT DATANG KE BLOG PSS SMKPSE, PENJANA TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI
Photobucket

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .

Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK

Rabu, 26 September 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUMPULAN KARANGKRAF DAN RUMAH SERI KENANGAN


Lawatan Sambil Belajar ke  Rumah Seri Kenangan
Dan
Kumpulan Karangkraf

1.      Nama Projek :
      Lawatan Sambil Belajar PSS Ke Rumah Seri Kenangan dan Kumpulan Karangkraf

2.      Penganjur
2.1  Pusat Sumber Sekolah
2.2  Panitia Sivik dan Kewarganegaraan

3.      Tema  :  MENYEMAI KASIH MERAUT PENGALAMAN

4.      Rasional
Di akhir program lawatan ini diharapkan dapat menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan di hati para peserta supaya lebih mensyukuri apa yang dikecapi sekarang. Di samping  meluaskan pengetahuan dalam  bidang penerbitan buku,majalah dan akhbar.

5.      Objektif
5.1  Mengeratkan silaturrahim antara pengawas-pengawas PSS
5.2  Berkongsi rasa bersama dengan insan-insan yang kekurangan
5.3  Menyedarkan para pelajar betapa pentingnya menghormati dan menjaga kedua ibubapa yang telah tua
5.4  Mendedahkan kepada pelajar tentang selok belok penerbitan buku,majalah dan akhbar
5.5  Menanam minat dalam bidang kewartawanan dan penerbitan kepada pelajar
     

6.      Tempoh  : 1 Hari

7.      Tarikh    : 25  September   2012 / Selasa

8.      Sasaran
8.1  Pengawas PSS                             =   36 orang
8.2  Guru                                              =     4 orang
                                          Jumlah =  40 orang


LAPORAN LAWATAN

Lawatan  berjalan lancar seperti yang di rancang.















Ahad, 23 September 2012

Pertandingan PBL Peringkat PKG Rompin

Pertandingan  PBL peringkat PKG Rompin telah berlangsung di PKG Rompin pada 19.9 2012. SMKPSe telah menghantar wakil tingkatan 1 yang terdiri daripada :

BIL
NAMA
1.
ROZAIREEN BT ABDUL RAZAK
2.
NURIZWANI BT MOHAMAD AZLI
3.
MOHD NAJIB BIN SALLEH
4.
KHAIRUL  ANWAR BIN ABU DANIAL
SMKPSe telah memilih tajuk "Makanan Halal dan Makanan Haram dalam rutin harian orang Islam. Pasukan SMKPSe yang dibimbing oleh Puan Noor Aslina Karim dan Puan Zarimah Othman telah mendapat tempat ke-2 dan layak ke peringkat negeri.






Aktiviti-Aktiviti SMKPSe


Perkhemahan Luar Unit Beruniform  - Jeram Tengkek
(22-24 Jun 2012)
 Taklimat Coco Star - JPNS (9 Julai 2012)
 Senam robik 1 Murid 1 Sukan
 (10 Julai 2012)


Bulan Sains dan Matematik (Jun)


Program Bulan Sains & Matematik merupakan satu program tradisi bagi Bidang Sains dan Matematik di SMK Palong Sebelas (F) yang yakninya dijalankan setiap tahun. Pelaksanaan program ini bertujuan untuk memupuk dan meningkatkan minat para pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik/ Matematik Tambahan seiring dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan 60% bakat dalam aliran Sains dan Teknologi. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. Pertandingan Roket
2. Merekacipta Model Kenderaan Daripada Botol Air
3. Siapa Cepat Dia Dapat (Melengkapkan Jadual Berkala)
4. Pop Kuiz (Sains)
5. Pertandingan Kapal Terbang
6. Kepantasan Eksperimen
7. Merekacipta Pakaian Daripada Bahan Kitar Semula
8. Membentuk Peta Minda (Sains)
9. Pop Kuiz (Matematik)
10. Penggunaan Kalkulator
11. Sudoku
12. Pertandingan Sifir (Men.Rendah)
13. Explorace
14. Peraduan Meneka Berat Barang
15. Pertandingan Melipat Origami
16. Membentuk Peta Minda (Matematik)

PERTANDINGAN KUIZ TERAS DAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DAERAH JEMPOL DAN JELEBU 2012


Program ini telah dijalankan pada 21 Jun 2012 dengan kerjasama PDD Jempol dan Jelebu. Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar, guru-guru dan pihak sekolah terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang merupakan mata pelajaran teras dalam PMR. Kuiz Teras diadakan untuk menguji pemahaman dan tahap penguasaan pelajar di dalam mata pelajaran KHB. Bengkel Teknik Menjawab pula diadakan untuk membantu pelajar melengkapkan diri untuk menghadapi peperiksaan PMR nanti . Antara pengisian program ialah Pertandingan Kuiz Teras Tingkatan 3 , Pertandingan Buku Skrap Tingkatan 2 dan Bengkel Teknik Menjawab Kemahiran Hidup Bersepadu. Semua aktiviti yang dirancangkan dapat dijalankan dengan jayanya. Penyertaan adalah sangat memuaskan di mana semua 25 buah sekolah menengah di Daerah Jempol dan Jelebu mengambil bahagian. Sambutan pelajar amat menggalakkan di mana mereka menyertai semua aktiviti yang dipertandingkan.

Hari Anugerah Kualiti 2012


Aktiviti - Aktiviti Sekolah


Minggu Orentasi Pelajar Tingkatan 1
 Minggu Orentasi ini bermatlamat menyediakan pelajar dengan pengetahuan umumdan khusus dalam aspek akademik, disiplin dan sebagainya. Di samping itu, membiasakan pelajar mengenali guru-guru, rakan-rakan dan persekitaran sekolah.Melalui program ini, diharapkan agar murid-murid dapat :
  1. Supaya para pelajar mendapat input/pengetahuan berkenaan aspek akademik/matapelajaran di peringkat sekolah menengah.
  2. Supaya para pelajar memperoleh gambaran bagi persekolahan peringkat menengah.
  3. Supaya para pelajar mendapat informasi / pendedahan awal berkaitan peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
  4. Untuk meningkatkan motivasi dan iltizam para pelajar terhadap pelajaran.
  5. Mengukuhkan ikatan silaturrahim.

Minggu Orentasi Pelajar Tingkatan 4




Gotong - royong Perdana Fasa 1 dan 2
Program Gotong-Royong Perdana adalah salah satu program tahunan bagi memastikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan ceria dan bersih.  Selain itu, program ini sebagai teras mewujudkan kerjasama antara semua warga sekolah dengan pihak AJK PIBG dalam membentuk sebuah sekolah yang mempunyai suasana yang kondusif. Program ini dijalankan 2 fasa, iaitu fasa 1 pada  11 Februari 2012 dan fasa ke-2 pada 3 Mac 2012.






Sabtu, 22 September 2012

Bulan Pusat Sumber Sekolah (Julai)


Majlis Perlancaran Bulan PSS telah berlangsung pada 02.7.2012 dan dirasmikan oleh Tuan Pengetua Kanan, Puan Rosni Bt Rosli. Tema Bulan PSS  pada tahun ini ialah PUSAT SUMBER CEMERLANG             PEMANGKIN GENERASI TERBILANG. Antara aktiviti yang dirancang seperti Pertandingan Blog , Power Point, Khat, Pengunjung Bertuah PSS, Kuiz terkumpul, Kuiz Mingguan PSS, Teka jumlah muka surat, Pertandingan Masakan 1 Malaysia, Ulat Buku Unggul, Mr dan Miss Dictionary, Fail Tegak,  Jejak Maklumat dan Pengampunan Beramai-Beramai PSS. Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan  diadakan pada 31. Julai 2012.


Kepentingan Membaca

Program Sayangi Perpustakaan Bersama PPANS


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan berbesar hati menganjurkan Program Sayangi Perpustakaan di SMKPSe pada hari Rabu 25.4.2012.Program Sayangi Perpustakaan adalah usaha untuk mempromosikan dan mendekatkan perpustakaan kepada pelajar.Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap     pembacaan pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kuiz  Inforia PSS, Teknik Asas Perpustakaan dan Jejak Maklumat. Seramai 80 orang pelajar terlibat, termasuklah  pengawas  perpustakaan, pelajar 4 Berlian dan 4 Intan.


Program NILAM dan Pameran Buku


Sempena Program NILAM peringkat sekolah , satu gerakan membaca ketika waktu Koku telah diadakan bagi memastikan pelajar mempunyai buku NILAM dan membuat catatan NILAM. Program ini telah dilaksanakan pada 25 April 2012 , berkembar dengan Program Sayangi Perpustakaan. Manakala Program Pameran Buku dan jualan buku telah diadakan sempena Hari Penetapan Azam (30.4.2012) oleh Syarikat Buku Tai Kuang, Segmat.
Sambutan daripada guru dan pelajar amat menggalakkan.

                                                           Program NILAM  setiap pagi

                                                                                  Pameran buku

Pelancaran Program NILAM dan MBMMBI


Majlis Perlancaran Program NILAM peringkat sekolah telah diadakan pada 27 Februari 2012  dengan kerjasama  Bidang Bahasa SMKPSe.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1.  Anugerah NILAM  menengah atas
2. Anugerah NILAM menengah rendah
3. Pembaca terbanyak bulanan
4. Mini Perpustakaan /sudut bacaan kelas
5. Peminjam  buku terbanyak
6. Anugerah NILAM guru

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas PSS


Pada 6 Februari 2012 telah diadakan Majlis  Perlantikan , Aku Janji dan Penyerahan Watikah kepada 40 orang Pengawas Pusat Sumber  Sekolah . Pengawas PSS ini terdiri daripada 30 Pengawas Balai Bestari, 10 orang AJK ICT, Pusat Akses, SALC , Bilik Tayang, Bilik BBM dan Sudut Kantin. Pengawas PSS diberi Watikah Perlantikan dan Kad Matrik Pengawas PSS. Semoga  dengan aku janji ini ,Pengawas PSS  akan memberi komitmen yang tinggi ketika bertugas dan berusaha  menjadikan PSS sebagai PSS Cemerlang.

Gotong - Royong PSS


Aktiviti gotong - royong  PSS telah berjalan selama 2 bulan (Januari -Februari) tanpa  menjejaskan operasi ataupun perkhidmatan PSS. Jawatankuasa Kerja PSS dan  Pengawas PSS telah  bertungkus-lumus untuk menyusun atur,  membaiki pulih rak-rak buku dan menyediakan sudut-sudut tertentu di Balai Bestari, Bilik Audio Visual/ Bilik Tayang dan Bilik BBM. Tahniah dan syabas kepada semua Jawatankuasa Kerja PSS dan Pengawas PSS     kerana telah berjaya merubah rupa bentuk PSS
Sebelum Gotong-Royong

Semasa dalam proses gotong -royong

Selepas gotong-royong........

Organisasi PSS 2012




Pada tahun ini (2012) Pusat Sumber Sekolah telah beralih pucuk pimpinan dan membariskan tenaga kerja yang baru.PSS di terajui oleh Puan Zarimah Binti Othman  selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM) , dibantu oleh Puan Nursyahida Mohd Salwai dan Cik Aidah Quriah Aziz sebagai guru Balai Bestari.PSS mempunyai 30 orang pengawas Balai Bestari dan 13 orang pengawas Teknologi (Pusat   Akses,Bilik Tayang,ABM,Makmal Komputer dan Sudut Info di kantin).Harapan semoga tahun ini PSS akan mencapai kegemilangan sebagai pemangkin teknologi bagi menjana pendidikan bestari.


Barisan Guru dan Staf 2012



Inilah barisan warga pendidik SMK Palong Sebelas (F)  yang terdiri daripada 25 orang guru lelaki dan 37 orang guru perempuan, yang gigih dan tabah  mendidik 741 orang pelajar. Kelicinan pentadbiran SMKPSe juga disokong oleh  staf sokongan seramai 10 orang.  Semoga tahun 2012 menjadi  tahun kegemilangan dan keunggulan SMKPSe.

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Sekapur Sireh,Seulas Pinang..... Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah . 

Puan Rosni Bt Rosli 
Pengetua Kanan, 
SMK Palong Sebelas (F) 
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK