Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .
Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK
Selamat datang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG SEBELAS (F)
73430 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
PIAGAM PELANGGAN
PUSAT SUMBER SMKPSe
Kami warga Pusat Sumber Sekolah
SMKPSe dengan janji ikhlas dan
bertanggungjawab sesungguhnya berhasrat
secara berterusan akan :
1.
Melaksanakan
sekurang-kurangnya satu bidang utama kursus / bengkel dalam setahun bagi perpustakaan
kepada sekurang-kurangnya satu orang guru bagi setiap sekolah dalam setiap
kursus.
2.
Memastikan
pesanan bahan, alat dan perkhidmatan dihantar kepada Pengetua untuk
pertimbangan dalam masa satu minggu selepas keputusan mesyuarat bidang, unit
atau panitia dibuat.
3.
Memastikan
bahan buku dan bahan bercetak yang dibeli, sumbangan yang diterima daripada
mana-mana pihak atau alat dan bahan yang diterima daripada peruntukan kerajaan
pentadbiran sekolah direkodkan dalam rekod penerimaan bahan buku dalam masa 1
hari kerja selepas penerimaan bahan dibuat.
4.
Memastikan
perkhidmatan kaunter memberi pinjaman buku dan bahan dalam masa:
a. Buku -
dua minit setiap guru
b. Alat dan bahan - lima minit setiap guru
5.
Memastikan latihan dan bimbingan perpustakaan sekolah
diberikan kepada Pengawas Perpustakaan Sekolah ahli dibuat sekurang-kurangnya lima
kali dalam masa setahun persekolahan.
6.
Melaksanakan program-program:
a. Pusat
Sumber dan Literasi Maklumat -sebelum
31 Ogos
b. NILAM dan Projek Galakan Membaca -sebelum 31 November
7.
Memastikan arahan-arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia,
Bahagian
Teknologi Pendidikan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Bahagian Teknologi
Pendidikan Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah diselesaikan dalam masa
dua minggu hari kerja selepas arahan diterima.
8.
Memastikan perpustakaan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada
kehendak-kehendak pelanggan dengan
sentiasa memberi layanan dan
perkhidmatan mesra dengan kadar segera.
9. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima
cadangan, pandangan dan
teguran yang membina bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan
kecemerlangan pendidikan.
SEKIRANYA ANDA KURANG PUAS HATI, SILA
HUBUNGI PENGETUA, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG SEBELAS (F)
DI ALAMAT SEPERTI BERIKUT :
PENGETUA,
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PALONG SEBELAS (F)
73430 GEMAS,
NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS.
TEL : 06 - 4669751
Langgan:
Catatan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan