Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .
Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK
Selamat datang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Sabtu, 22 September 2012
Program Sayangi Perpustakaan Bersama PPANS
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan berbesar hati menganjurkan Program Sayangi Perpustakaan di SMKPSe pada hari Rabu 25.4.2012.Program Sayangi Perpustakaan adalah usaha untuk mempromosikan dan mendekatkan perpustakaan kepada pelajar.Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap pembacaan pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kuiz Inforia PSS, Teknik Asas Perpustakaan dan Jejak Maklumat. Seramai 80 orang pelajar terlibat, termasuklah pengawas perpustakaan, pelajar 4 Berlian dan 4 Intan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan