Assalamualaikumwarahmatullahhiwabaratuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tinggi penghargaan,tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Palong Sebelas bagi tahun 2012 yang di terajui oleh Guru Penyelaras Media iaitu Pn Zarimah Bt Othman yang telah berjaya membina Blog PSS SMK Palong Sebelas yang baru.Ucapan penghargaan juga kepada Jawatan Kuasa Kerja guru guru PSS yang merangkumi Perpustakaan,bilik Media/tayangan,bilik salc,makmal computer,pusat akses dan unit unit lain termasuklah pengawas pengawas pusat sumber yang sentiasa memberi kerjasama dan komitment yang sangat tinggi hingga dapat membina blog PSS. Dengan adanya Blog PSS ini secara tidak lansung akan dapat memberi input-input terkini berkaitan PSS bukan sahaja kepada murid ,guru malahan juga keseluruh dunia .Selain itu aktiviti aktiviti dan program program yang dianjurkan oleh PSS dapat di promosikan melalui blog ini.Oleh itu diharapkan blog PSS ini akan dapat dikemaskini sepanjang masa .Kita sedia maklum bahawa PSS merupakan nadi utama kepada sesebuah sekolah khususnya dalam usaha menanamkan sikap suka membaca di kalangan murid murid seterusnya dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik.Oleh yang demikian Blog PSS ini amatlah tepat dan sesuai dengan hasrat memberi pendedahan berkaitan PSS itu sendiri, selaras dengan visi menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang dan misi membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.Diharapkan PSS SMKPSE akan menjadi PSS terbaik di peringkat PKG dan seterusnya diperingkat daerah dan negeri.Insyaalah. Sekali lagi saya ucapkan syabas dan Tahniah .
Puan Rosni Bt Rosli
Pengetua Kanan,
SMK Palong Sebelas (F)
73430 Gemas, Negeri Sembilan DK
Selamat datang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Rabu, 26 September 2012
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KUMPULAN KARANGKRAF DAN RUMAH SERI KENANGAN
Lawatan
Sambil Belajar ke Rumah Seri Kenangan
Dan
Kumpulan
Karangkraf
1.
Nama
Projek :
Lawatan Sambil Belajar PSS Ke Rumah Seri
Kenangan dan Kumpulan Karangkraf
2.
Penganjur
2.1
Pusat Sumber
Sekolah
2.2
Panitia Sivik dan
Kewarganegaraan
3. Tema : MENYEMAI KASIH MERAUT PENGALAMAN
4.
Rasional
Di akhir program lawatan ini diharapkan dapat
menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan di hati para peserta supaya lebih
mensyukuri apa yang dikecapi sekarang. Di samping meluaskan pengetahuan dalam bidang penerbitan buku,majalah dan akhbar.
5.
Objektif
5.1 Mengeratkan silaturrahim
antara pengawas-pengawas PSS
5.2 Berkongsi rasa bersama
dengan insan-insan yang kekurangan
5.3 Menyedarkan para pelajar
betapa pentingnya menghormati dan menjaga kedua ibubapa yang telah tua
5.4 Mendedahkan kepada pelajar
tentang selok belok penerbitan buku,majalah dan akhbar
5.5 Menanam minat dalam bidang
kewartawanan dan penerbitan kepada pelajar
6.
Tempoh : 1 Hari
7.
Tarikh : 25 September 2012 /
Selasa
8.
Sasaran
8.1 Pengawas PSS = 36 orang
8.2 Guru = 4
orang
Jumlah =
40 orang
LAPORAN LAWATAN
Ahad, 23 September 2012
Pertandingan PBL Peringkat PKG Rompin
Pertandingan PBL peringkat PKG Rompin telah berlangsung di PKG Rompin pada 19.9 2012. SMKPSe telah menghantar wakil tingkatan 1 yang terdiri daripada :
BIL
|
NAMA
|
1.
|
ROZAIREEN BT ABDUL RAZAK
|
2.
|
NURIZWANI BT MOHAMAD AZLI
|
3.
|
MOHD NAJIB BIN SALLEH
|
4.
|
KHAIRUL ANWAR BIN ABU DANIAL
|
SMKPSe telah memilih tajuk "Makanan Halal dan Makanan Haram dalam rutin harian orang Islam. Pasukan SMKPSe yang dibimbing oleh Puan Noor Aslina Karim dan Puan Zarimah Othman telah mendapat tempat ke-2 dan layak ke peringkat negeri.
Aktiviti-Aktiviti SMKPSe
Perkhemahan Luar Unit Beruniform - Jeram Tengkek
(22-24 Jun 2012)
(10 Julai 2012)
Langgan:
Catatan (Atom)